Tuesday 27 March 2012

Makna dalam Solat

Allah Maha Besar::( Takbiratulihram)

Doa Iftitah::Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku,Ibadatku,Hidupku,MatikuAdalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidakMenyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah::Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Yang menguasai Hari pembalasan.Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk::Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk::Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal::Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud::Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud::Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,Kayakan daku,Angkatlah darjatku,Rezekikan daku,Berilah aku hidayah,Sihatkanlah daku DanMaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal::Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah sertaKeberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir::Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut::Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .

Sejarah Solat

SUBUH:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun.

Monday 26 March 2012

Gotong Royong - 2012

Program Gotong Royong 2012 dikelolakan oleh KRT Lavender Heights (Rukun Tetangga) sebagai acara tahunan. Program dimulakan pada pukul 8.30pagi hari Sabtu 24, Mac dengan para penduduk beserta wakil dari MPS, Kementerian Kesihatan berkumpul di Madrasah Surau Ibnu Khaldun. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Mohd Ghazi Abdul Rashid dan pembahagian kawasan pembersihan dibuat sebaik sahaja jamuan sarapan pagi selesai. Untuk pembersihan Surau dah kawasan sekitarnya, Hj  Wan Mohd Razi (AJK Surau) ditugaskan sebagai ketua dan dibantu oleh Hj Jumali, Hj Shahrer dan En Zul.
Pasukan Vaccum Surau (PVS) sedang beraksi...
Abang yang ni paling gagah....setakat satu jari tangan saje boleh angkat semua
sampah masyarakat sarap yang telah dikumpulkan di setiap clearing point..

Lihat di sudut atas kanan gambar ini, kelihatan En Din dengan bangganya
meng-clearkan...segala rumput dan lalang...menggunkan enjin sangkut nya (aka mesin rumput).
Sungguh senang mata memandang sekarang, bukan macam dulu lagi..
Buang bang...jgn disimpan lagi..banyak nie..
Stok-stok lama yang rosak dan memenuhkan ruang bilik setor yang sedia ada penuh..
MPS..
Tuan Imam kite dengan penyapunye...
Tuan bendahari pulak tengah membaiki white board yang dah tak seberape 'white' lagi dah..
ini adalah sebahagian daripada penjimatan kos pengurusan/pembaikan surau..
Inilah kerja pada tahap yang paling tinggi dan sangat demanding setakad tahun ini....
 Tumbang jua akhirkan pokok kayu yang 'besar' yang mengundang persoalan, patutkan
ditebang atau dibiarkan sahaja...pokok ini adalah sangat bertuah kerana
merupakan pokok terakhir yang tumbang, dan secara tidak langsung sebagai
simbolik majlis penutup aktiviti gotong royong 2012..
Khusyuk...focus...focus...

Dan....acara WAJIB...makan...makan....makan...Alhamdulillah..Gotong royong tamat
pada pukul 1petang...Jutaan terima kasih kepada semua penduduk Lavender Heights.

Saturday 17 March 2012

ARKIB

Himpunan post-post terdahulu:

KUTIPAN HARI RAYA HAJI - ENTRI TERLEWAT.

Bilangan jemaah yang datang ke surau untuk mengerjakan sembahyang Raya Haji baru-baru ini memang ramai. Semua tempat yang disediakan oleh petugas surau dipenuhi oleh jemaah.  Kutipan yang terkumpul hasil dari derma jemaah adalah sebanyak RM1,842.00. Terima kasih daun keladi kepada semua jemaah yang telah bermurah hati memberikan sumbangan.


Gambar 1: Jemaah melimpah sehingga ke kawasan tangga surau.


Gambar 2: Begitu juga di bawah khemah yang disediakan turut dipenuhi oleh jemaah.


Gambar 3: Kelihatan Tok Pin, Husin dan Md Nor dengan anaknya sedang bersiap sedia untuk mengira kutipan pada hari itu.


Gambar 4: Mereka sedang tekun menyusun dan mengira sumbangan yang terkumpul..


TAKBIR RAYA BIRO WANITA SIKLH.


Gambar 1:  Alas kaki anggota rombongan.

Program takbir Raya Haji yang pertama kali dilakukan oleh Biro Wanita SIKLH mendapat sambutan di mana sebanyak 10 buah rumah telah menjemput kami untuk mengadakan takbir.  Seramai kira-kira 20 orang telah telah turut serta dalam acara ini. Program bermula  jam 8.45 pagi. Setiap rumah mengambil masa lebih kurang 20 minit.  Dimulakan dengan takbir raya dan diikuti tazkirah oleh Ustazah Norlida mengenai peristiwa pengorbanan yang berlaku di zaman nabi Adam a.s sehinggalah kepada peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s yang disampaikan secara bersambung-sambung dari rumah pertama hingga ke rumah terakhir.


Gambar 2: Acara kemuncak

Kami tidak memberatkan soal makan, cuma meneguk air dan makanan ringan sahaja di setiap rumah. Di rumah terakhir barulah kami menjamu selera dengan juadah yang dibuat secara 'potluck'. Semoga usaha kami akan diteruskan pada sambutan Hari Raya Haji pada tahun hadapan. Harap maaf kepada kawan-kawan yang jemputan mereka tidak dapat dipenuhi.


Gambar 3: Ada juga yang menjamu selera sambil duduk dan borak-borak.

Program takbir ini berakhir pada kira-kira jam 1.30 petang. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.


Gambar 4: Ahli Biro Wanita SIKLH bergambar ramai sebagai kenang-kenangan sebelum bersurai.

GOTONG ROYONG - 2011

Pada hari Ahad 30hb. Oktober 2011, sekali lagi SIKLH menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan surau. Lebih dari 50 orang penduduk yang berugama Islam telah turun padang menyahut seruan pengerusi SIKLH. Kerja-kerja yang dilakukan antara lain adalah mencuci bahagian dalam dan luar  surau (beranda), membersihkan tandas, memotong rumput, membuat parit untuk mengalirkan air yang bertakung dan lain-lain kerja yang berkaitan.

 


Gambar 1: Pasukan penggali parit sedang tekun bekerja. Yang duduk bertopi merah itu adalah mandur lantikan sendiri.


Gambar 2: Pasukan pemotong rumput berlumba-lumba sesama sendiri memotong rumput.

IBADAH QURBAN 2011.

http://yayasan-arrahman.com/utama/images/stories/assalamualaikum1.jpg

Ini adalah entri pertama blog Surau Ibnu Khaldun. Surau ini  dibina kira-kira 6 tahun lalu hasil pengorbanan penduduk-penduduk di sini yang telah memberi sumbangan dalam membiayai pembinaannya.

Pada hari ke dua hari raya haji tahun ini bersamaan dengan 7 November 2011, sekali lagi surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights menganjurkan ibadah kurban. Pada kali ini sebanyak 7 ekor lembu telah dikurbankan berbanding 5 ekor pada tahun lalu. Alhamdulillah berkat kerjasama semua jemaah surau, kerja menyembelih, melapah, membungkus dan membahagikan daging-daging telah selesai pada kira-kira jam 11 pagi. Oleh kerana ia selesai terlalu awal dari jangkaan, sup dan makanan lain yang disediakan oleh kaum ibu masih belum siap lagi. Ada juga baiknya kerana sementara menanti sup siap, sebahagian jemaah meneruskan kerja-karja pembersihan sehingga ia kembali bersih dan tersusun kepada keadaan seperti sebelumnya.

Sebanyak 1/3 daripada keseluruhan daging telah disedekahkan kepada fakir miskin di mukim ini. Sumbangan tersebut telah di terima oleh ADUN Paroi untuk tindakan mengagih-agihkan seterusnya.


Gambar 1: Ketibaan lembu-lembu di sambut dengan rasa lega oleh panitia surau. Manalah tahu ada yang tak sampai atau sampai tapi berlainan saiz dan sebagainya.


Gambar 2: Salah seekor lembu yang cuba melepas diri. Akhirnya ia berjaya di tambat kepada sebatang pokok mempelam yang ada di situ.


Gambar 3: Tempat untuk menjalankan kerja-kerja melapah,  menimbang, membungkus daging, memerhati dan sebaginya.


Gambar 4: Patutlah lembu agak ganas kali ini, ramai sangat yang pakai baju warna merah.


Gambar 5:  Kelihatan semua orang ingin mengambil bahagian. Haji Rashid sempat juga berposing.


Gambar 6: Ada juga yang malu-malu atau  tak sampai hati agaknya untuk melakukan kerja-kerja mengulit dan melapah.


Gambar 7: Seekor lagi telah selesai disembelih oleh penyembelih jemputan.


Gambar 8: Ada lagi orang kampung yang baru sampai untuk datang membantu di ketuai oleh RSM Hj. Mat.


Gambar 9: Kelihatan Haji Jalil sedang menjalankan penyeliaan  ke atas kerja memotong, menimbang dan membungkus daging.

Berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh semua jemaah SIKLH pada tahun ini, khabarnya AJK SIKLH bersedia menimbangkan untuk menyembelih lebih banyak lagi lembu pada Hari Raya Kurban pada tahun depan.

Terima kasih kepada semua pihak (termasuk kaum ibu yang telah menyediakan juadah yang enak-enak) yang telah memberi sumbangan walau dalam apa bentuk dan cara sekalipun. Anda semua hebat terutamanya Tuan Haji Dr. Abdul Rahman, Pengerusi SIKLH !

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH.

Pada hari Ahad 6 Safar 1433H bersamaan dengan  31 Disember 2011M, Surau Ibnu Khaldun dengan kerjasama Rukun Tetangga Lavender Heights telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk penduduk taman ini. Ia bermula dari jam 9.30 pagi dan tamat sebelum masuk waktu Zuhur. Kursus sekerat hari ini di kendalikan oleh Haji Ibrahim dari Surau Taman Tasik Jaya yang juga merangkap pembantu muazzin di Masjid Paroi.

Apa yang sangat membanggakan ialah penyertaan anak-anak muda dalam kursus ini. Mereka telah menunjukkan minat yang mendalam dengan mengambil nota serta berada di surau dari mula hingga akhir. Meraka jua turut membantu Tuan Haji Ibrahim dalam menyampaikan pengajarannya. Tetapi sayangnya masa yang diperuntukkan adalah agak terhad kerana di sebelah petangnya ahli surau harus memenuhi dua  jemputan iaitu menghadiri kenduri  tahlil dan doa kesyukuran di Jalan 21 dan juga kenduri kahwin di rumah seorang ahli surau di Jalan 24.

Di harap pihak penganjur akan mengadakan kursus lanjutan untuk memperhalusi beberapa aspek pengurusan jenazah dengan masa yang lebih panjang lagi.

Seterusnya jemput lihat gambar-gambar di bawah yang menunjukkan dan menceritakan suasana perjalanan kursus tersebut.



Tuan Haji Dr Abdul Rahman Harun, Pengerusi surau menyampaikan kata-kata alu-aluan.



Saturday 10 March 2012

Mesyuarat Agung - Mac 2012

MINIT MESYUARAT AGUNG 2012
SURAU IBNU KHALDUN, LAVENDER HEIGHTS

Tarikh              : 8 Mac 2012
Hari                 : Khamis
Masa              : 8.00 Malam
Tempat           : Surau Lavender Heights
Bil
Perkara
Tindakan
1.
 Pendahuluan
 1.1        Ucapan alu-aluan
1.1.1          Mesyuarat Agung didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah, dan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh mantan Setiausaha Surau, Hj Md Sukor Mahat.



Makluman

1.2           Ucapan Pembukaan
1.2.1   Mantan   Timbalan   Pengerusi,  Hj  Hamzah  Abdul  Hamid mengalu-alukan kehadiran jemaah Lavender Heights yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung tergempar ini. Beliau memberikan perjelasan rigkas berkenaan pembubaran AJK Surau terdahulu, susulan daripada mesyuarat dalaman AJK yang sebulat suara memutuskan untuk membubarkan and membuat pemilihan semula AJK yang baru.

1.2.2     Mantan Timbalan Pengerusi juga bertindak sebagai pengerusi majlis bagi pemilihan AJK yang baru dan mantan Setiausaha sebagai pencatat.


1.2            Senarai Kehadiran
Sila rujuk Lampiran 1 untuk senarai kehadiran mesyuarat











Makluman



Makluman


Makluman
2.
Perbahasan kedudukan Pengerusi Surau and Imam
(dipisahkan atau disatukan)

2.1            Dipisahkan
Hj Bakar Ismail mencadangkan tugasan Pengerusi Surau and Imam Pertama dipisahkan sepenuhnya bagi mengurangkan bebanan tugas bagi jawatan paling tinggi ini, dengan harapan, beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

2.2                 Disatukankan
Dato Abu Kasim pula mencadangkan sebaliknya, memandangkan lingkungan kerja hanyalah diperingkat Surau dan bukannya Masjid, jadi memadailah jawatan ini disatukan sebagaimana dipraktikan pada tahun-tahun terdahulu.

2.3                 Keputusan
Tanpa keputusan sebulat suara, pemilihan secara undian dibuat dan keputusanya adalah seperti berikut:

Dipisahkan   : 22 Undi (majority)
Disatukan     : 19 Undi

Dengan itu, untuk penggal yang baru ini, tugasan Pengerusi Surau dan Imam akan dipisahkan sebagaimana dipersetujui secara undi majoriti.




Makluman





Makluman





Makluman




Makluman



3.
Pemilihan AJK baru

3.1               Semua calon telah dicadang dan disokong oleh dua ahli jemaah yang berasingan. Kesemua calon menang tanpa bertanding dan telah dilantik secara sebulat suara untuk menyandang jawatan-jawatan tersebut. Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:
Pengerusi – En Mohd Hamka Abdul Rani
Timbalan Pengerusi – Hj Jumali Suratman
Setiausaha – Hj Abdul Sukor Mahat
Timbalan  Setiausaha – En Azizul Awang
Bendahari – En Mohd Shahrer Hanipi
Ahli Jawatankuasa  –  En Wan Mohd Razi
Dato Abu Kassim Md Nor
Hj Mohamad Atan
Hj Jalil Sarijo
Hj Harun Yaakub
Hj Khalil Ariffin
Hj Suhaimi Sulaiman
Pemeriksa Kira-Kira   –  Hj Mohd Nor Alias
Hj Yusoff Mat

3.2                 Pemilihan AJK untuk kaum muslimah akan dibuat secara berasingan.



Makluman


















Makluman
&
Tindakan
4.
Ucapan Pembukaan Pengerusi Surau yang baru

4.1                En Mohd Hamka Abdul Rani tampil memberikan ucapan ringkas sebagai penutup kepada mesyuarat tahunan ini. Beliau mengucapkan perhargaan buat semua jemaah Surau Lavender Heights kerana memberikan kepercayaan dan melantik beliau serta AJK-AJK yang lain. Pada masa yang sama, beliau memohon maaf sekiranya akan wujud apa jua kekurangan ataupun kelemahan ketika menjalankan tugas ini.  Paling utama ialah niat yang betul dan kerja dengan penuh ikhlas kerana Allah Taala. Dipihak para jemaah dan AJK keseluruhanya, sebaik-baiknya dielakanlah segala salah faham demi kebaikan bersama. Jikalau terdapat sebarang isu, kekurangan atau perkara berbangkit, segeralah berjumpa dengan mana-mana AJK supaya ianya dapat dipanjangkan kepada pihak pengurusan surau dan supaya ia dapat diselasaikan secara kolektif dan sewajarnya. Akhir sekali beliau memohon sokongan daripada para jemaah untuk bekerjasama dengan pihak surau, serta menyertai program-program yang akan dibuat oleh pihak surau dimasa-masa yang akan datang.


Makluman



5
Penutup

5.1                Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9 malam.



Makluman


 Disediakan oleh,                                                       Disahkan oleh,


 ……………………………….                                      …………………………………..
(En Azizul Awang)                                                       (En Mohd Hamka Abdul Rani)
Timbalan Setiausaha                                                   Pengerusi                                                   Surau Lavender Heights                                              Surau Lavender Heights           
                                         




Lampiran 1

Senarai Kehadiran



1.      Hj Sukor Mahat
2.      HJ Jumali Suratman
3.      Dato Abu Kassim Md Nor
4.      Mohd Anuar Sulaiman
5.      Moktar Mohd Zaid
6.      Samsudin Mokhtar
7.      Ahmad Badrudin
8.      Azmi Abdul Aziz
9.      Abdul Rahman Bahaman
10.  Hj Shamsudin Hj Mohd Yusof
11.  Ismail Ali
12.  Hj Khalil Hj Ariffin
13.  Hamzah Abdullah
14.  Wan Mohd Razi
15.  Zulkafli Latif
16.  Mohd Shahrer Hanipi
17.  Suhaimi Sulaiman
18.  Ariffin Md Shah
19.  Zainuddin mohd Nor
20.  Zainal Kadir
21.  Kamarularifin Abd Aziz
22.  Ismail Farid
23.  Zulfaizal
24.  M Yusuf Matt
25.  Tarmizee Adnain
26.  Alrazi Rashid
27.  Harun Yaakub
28.  Mohd Nor Alias
29.  Azmi Manan
30.  Mohamed Hj Shariff
31.  Mohd Shah Zainudin Hj Buang
32.  Abu Bakar Ismail
33.  Maulop Lani
34.  Sumardi Mohamad
35.  Shahidan Abdul Kadir
36.  Mohamad Atan
37.  Hj Ahmad Zaki Hj Ahmad Shafei
38.  Aminuddin Mohd Noor
39.  Saharuddin Abdullah
40.  Roslan Mohd Isa
41.  Abdul Rashid Diron
42.  Mohd Azam Norazim Shahidan
43.  M Arifin M Said
44.  Rashid Yusof
45.  Ariffin Isnin
46.  Hj Zakaria
47.  Mohd Hamka Rani
48.  Ab Gafar Mazlan
49.  Abdul Rashid Mohd Din
50.  Azizul Awang
51.  Abd Kadir Ahamd
52.  Abd Haddi Itam
53.  Abd Khalid Abu Hassan
54.  Kazir Khan Mohd Dali
55.  Razali Abdul Ghani
56.  Saodah Aminon
57.  Aminah Hj Nor
58.  Norjan Masri
59.  Murni Sidin
60.  Raja Latifah
61.  Zubaidah Abdul Rahman
62.  Jamaliah Md Shariff
63.  Normah Mohd Rus
64.  Juriah Kasim
65.  Puteri Alauyah Megat Jalaluddin
66.  Badariah Mustafa
67.  Ramlah Baba