Wednesday 15 February 2012

Alfatihah...!

Jom kite semak Al-Fatihah kite...
 
Jom kalu free2...or buat2 free....or free2kan diri untuk nengok TV
Channel 114, TV Al-Hijrah kat ASTRO..
setiap 9.30pm...setiap hari.....
untuk same2 timba ilmu Allah.....
Insya-ALLAH...

Saturday 4 February 2012

Maulidur Rasul, SAW

فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)
Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al A’raf 157)


Perkara yg lebih utama dari menyambut Maulidul Rasul ialah, mencintai dan menghayati sunnah baginda pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Disini penulis ingin mengajak sahabat menghayati khutbah baginda yang terakhir; disampaikan kepada kita, Khairu Ummaatin’ (sebaik-baik umat) sebagai panduan di dunia dan akhirat.

Penulis telah mengambil kandungan khutbah tersebut, mengaturkannya dan meng ‘highlight’ kan
beberapa perkara supaya intipatinya lebih mudah difahami.

Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah             

1)    KESUCIAN JIWA DAN HAK SESAMA MUSLIM 
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suciKembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

2)    WASPADA DENGAN SYAITAN
     Berwaspadalah terhadap syaitan demi 
     keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan
     kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya  
     kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

3)    PELIHARALAH WANITA
 Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

4)     RUKUN ISLAM DAN MUSLIM EQUALITY
    Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di
    bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan
    kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui
    bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu
    semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang
    lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

5)    JANGAN TERKELUAR!!!
Kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

6)    WASIAT TERAKHIR DARI  RASUL TERAKHIR kepada umat terakhir…
      Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak
      akan ada lain agama baruOleh itu wahai manusia, nilailah dengan
      betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada
      kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara 
      yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
      necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN
      dan SUNNAHKU.



Semoga kita sentiasa mangamalkan sunnah baginda dan menjadikannya panduan hidup; supaya kita memperoleh syafaat Rasulullah S.A.W. di akhirat kelak. InsyaAllahu Taala…

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda.



SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2012, Anjuran BIRO WANITA

Biro wanita SIKLH telah mengadakan majlis Maulidul Rasulnya pada 11 Februari 2012, bertempat di surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights. Sambutan dari kaum ibu di sini boleh dianggap memuaskan di mana lebih kurang 70 hingga 80 muslimah telah hadir bagi menyerikan majlis tersebut atas rasa cinta kasih kepada baginda Rasulullah S.A.W.

Gambar 1: Puan Hajjah Aminah sedang membaca doa untuk mendapat keberkatan.


Gambar 2: Para muslimah sedang kusyuk mengaminkan doa.


Gambar 3:  Sebahagian lagi para muslimah sedang  mengaminkan doa.


Gambar 4:  Datin Pengerusi sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Beberapa acara telah adakan seperti bacaan Al Quran, nasyid, berzanji dan juga tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustazah Rohani Mohd Nor.Turut hadir bersama ialah rakan-rakan muslimah dari surau yang berhampiran seperti Surau Taman Satria dan Surau Kampung Panchor.


Gambar 5: Ibu Saemah sedang membacakan ayat-ayat suci al-Quran.


Gambar 6: Bacaan berzanji dimulakan.


Gambar 7:  Bacaan berzanji diteruskan.


Gambar 8:  Selawat dan salam kepada jujungan Rasulullah S.A.W.



Gambar 9:  Pemberian bunga telur bagi mengeratkan silaturahim.


Gambar 10:  Nasyid Kumpulan Nurul-Jannah sedang membuat persembahan


Gambar 11:  Lagi gambar Kumpulan Nurul-Jannah sedang membuat persembahan.


Gambar 12: Ustazah Rohani sedang menyampaikan tazkirah.



Gambar 13: Sebahagian muslimah sedang tekun mendengar tazkirah.

Kami mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang sudi menerima jemputan dari kami. Mudah-mudahan dengan perjumpaan ini akan mengeratkan lagi silaturahim dan menjadi rakan surau yang akrab.

Sumbangan berita: Biro Wanita