Friday 30 November 2012

Ceramah Maal Hijrah 1434H - Ke arah manakah hijrah kita?

Ceramah Maal Hijrah, 1434h- Anjuran Surau Ibnu Khaldun

Ke arah manakah HIJRAH kita?
Sebagai Seorang Ibu/Ayah...
Sebagai Seorang Anak...
Sebagai Seorang Muslim....!

Dijemput semua jemaah untuk mengikuti Ceramah Perdana pada 
selepas Maghrib, Sabtu, 1 Dec 2012. 
Jemput bersama seisi keluarga/anak-anak 
untuk sama-sama mendapat manafaat daripada Prof.

Biodata Penceramah:
Prof Madya Dr Hj Maimun Aqsha Lubis
M.Ed, PhD Ed (UKM)
PhD (Walwes, UK)
Fakulti Pendidikan
UKM Bangi


Wednesday 14 November 2012

Sambutan Awal Muharram 2012

Dijemput semua Jemaah Surau untuk hadir sebelum Maghrib nanti untuk
sama-sama mengaminkan doa Akhir-Awal tahun, insyaAllah..
Majlis akan bermula pada pukul 6.40petang, 
sila datang awal untuk mengelak kesesakan...:)

Friday 2 November 2012

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat
Khamis, 2 Oktober 2012
 
Majlis ini adalah bersempena persediaan bagi anak-anak Warga Lavender Heights 
yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
Berikut adalah sedikit koleksi gambar majlis tersebut.

Kuliah Bulanan Sheikh Nuruddin Al-Banjari


Thursday 1 November 2012

Koleksi gambar Program Korban 2012

 Taklimat oleh Ketua Urusetia Program Korban 2012, Hj Suhami
 Ermm..ini lembu lembu korban, 7 ekor semuanya
 erm.....
kerja-kerja melapah daging
 kepenatan, selepas hampir 3 jam bertarung
 ini bahagian lembu yang last sekali
 bahagian daging yang telah diasingkan mengikut nombor gilirannya
 Urusetia yang sangat setia...tepi, lembu no 3 datang...!
 Minum kejap...lotih yoo..
 nie bab-bab makan juga...
kerja yang last sekali....bersihkan semula kawasan sekitar..
diketuai oleh pakar yang sangat disegani, Hj Zack
 Majlis serahan ringkan daging lembu kepada YB Taufik sebagai wakil untuk 
diagihkan kepada fakir miskin di kawasan sekitarnya
 inilah dia SUP POWER tu..
 dan gear box nya yang juga sangat POWER..

Program berakhir pada awal kali ini, sekitar pukul 11.30pagi sedah 
selesai semua 7 lembu, sungguh lancar dan meriah...
Jutaan terima kasih kepada yang hadir, mohon maaf jikalu ade
kekurangan di sana sini, sekian


Thursday 25 October 2012

Program Korban 2012

Masa: 8.00pagi
Tempat: Kawasan Madrasah
Sila bawa peralatan sembelihan. Semua dijemput hadir!


Saturday 13 October 2012

Petikan Kata Ustaz Kita

Buat renungan bersama;

 TAK IKUT hukum Allah - FASIK
BANTAH hukum Allah - MUNAFIQ
                                         -Ust Surul, 10 Dec 11-

Payah kita, kalau DUNIA saje yang berada di dalam hati kita..
                                       -Ust Zaidi, 5 feb 12-

 DUNIA ini bagai musuh atau seteru Allah
Sedangkan kita mengasihinya..
                                       -Ust Zaidi, 4 Mac 12-

Ambilah DUNIA sekadar perlu
Tinggalkan yang BERLEBIHAN..
                                       -Ust Zaidi, 18 Mac 12-

Tiada istilah sudah TERLAMBAT
untuk bertaubat....bertaubatlah !
                                       -Ust Surul, 24 Mac 12-

Jangan SELESA dengan IKHTIAR kita.
                                    -Ust Zaidi, 3 Jun 12-

Bahkan Al-Quran pon diNAFIkan dek sesetengah orang,
Inikan pulak IJMAK ULAMA'...
                                    -Ust Zaidi, 3 Jun 12-

Kita TIDAK bimbang kepada NERAKA
Kita TIDAK ghairah kepada SYURGA
                                     -Ust Surul, 22 Sep 12-
 
Surah Al-Ikhlas - 1/3 dari Al Quran
Surah Al-Zalzala - 1/2 dari Al Quran
Surah Al-Aadiyat - 1/2 dari Al Quran
Surah Yasiin - 10 dari Al Quran !!
                                     -Ust Khusairi, 14 Okt 12-
 
Amalan di 10 hari pertama bulan Zulhijjah
Bersamaan gandaan 700 kali hari-hari biasa..
                                     -Ust Khusairi, 14 Okt 12-
 
 
 

Friday 12 October 2012

Program 'Motivasi al-Quran (MAQ)'


'Motivasi al-Quran (MAQ)'

Pengenalan
Dalam era globalisasi masa kini, pelbagai bentuk pendidikan telah disediakan oleh pelbagai pihak bagi mengisi masa remaja/anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan motivasi dan prestas

i mereka. Namun begitu, terdapat cabaran yang lebih besar untuk dihadapi oleh golongan muda masa kini iaitu cabaran yang berbentuk pengaruh hiburan dan anasir-anasir buruk yang datang dari media dan rakan-rakan. Isu ini telah menyedarkan ramai ibu bapa tentang pentingnya pendidikan akhlak dan agama terhadap anak-anak mereka.
Sebagai langkah kepada pencetus penyelesaian, Infitah Training & Consultancy telah mewujudkan Program Motivasi al-Quran (MAQ) bagi merealisasikan misi untuk melahirkan generasi berakhlak muslim dalam kalangan anak-anak muda zaman kini.

Objektif - 'Motivasi al-Quran (MAQ)'
  • Menumbuhkan rasa cinta untuk mengamalkan bacaan al-Quran serta kandungannya.
  • Menggalakkan para remaja muslim untuk mempraktikkan akhlak Islamiah.
  • Menghidupkan rutin harian remaja Islam dengan syiar al-Quran.
  • Terbinanya bangga diri hidup dalam Islam.

Rasional - 'Motivasi al-Quran (MAQ)'
  • Mengimarahkan masa & aktiviti harian dengan syi’ar Al-Quran.
  • Memesrakan remaja Islam dengan akhlak Islamiah.
  • Meningkatkan peranan remaja sebagai hamba Allah & khalifah sepanjang masa apabila berhadapan dengan masyarakat.
  • Memaksimumkan potensi remaja menyebar luaskan dakwah Islam.

Sasaran - Program 'Motivasi al-Quran (MAQ)' disasarkan buat remaja 10 - 16 tahun. Infitah Training & Consultancy dilantik sebagai pengendali program Motivasi al-Quran (MAQ) manakala Surau Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights sebagai tuan rumah (penganjur).

Sila hubungi SU/TSU Surau untuk pendaftaran dan bayaran, jangan lepaskan peluang untuk menyediakan anak-anak kita dengan pengajian Al-Quran ini, InsyaAllah.

Monday 1 October 2012

Kuliah Agama - Sheikh Nuruddin Al- Banjari

Di jemput semua untuk meramaikan Surau Ibnu Khaldun bagi mengikuti Kuliah Agama yang julung-julung kali diadakan ini. Majlis akan bermula selepas maghrib, pad ahari Sabtu, 6 Oktober 2012. Muslimin dan Muslimah dijemput hadir.
 


Friday 28 September 2012

Friday 7 September 2012

Ceraman Bulanan - September 2012

Sheikh Nuruddin Al-Banjari - 8 Sep 2012 (Lepas Zuhur)
Ust Mohd Surul Miri - 8 Sep 2012 (Lepas Maghrib)
Ust Khusairi Hamthan - 9 & 23 Sep 2012 (Lepas Subuh, Minggu ke-2 & ke-4)
Ust Zaidi Ramli - 2 & 16 (Lepas Subuh, Minggu ke-1 & ke-3)
Ust Hambali Saad - 28 Sep 2012 (Lepas Maghrib)

Wednesday 5 September 2012

Sekadar Renungan Bersama

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bagi pihak AJK Surau Ibnu Khaldun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan ketelanjuran.

Sunday 12 August 2012

Program QIAMULLAI Ramadan 2012

Para Jemaah Lavender Heights yang dihormati, pada malam 25 Ramadan, bersama awal pagi Selasa 14 Ogos (Isnin malam Selasa, di sebelah awal paginya), pihak Surau Ibnu Khaldun akan mengadakan program QIAMULLAI di surau kita. Program ini akan dipimpin oleh Al-Fathil Ustaz Surul Miri.

Tempat: Dewan Utama Surau
Pukul: Bermula 3.00 pagi Sehingga Subuh

Jamuan Bersahur akan DISEDIAKAN, semua dijemput hadir!


Carta Iman...

Bagaimanakan Iman kita...?
"Ya Allah berikankan kekuatan Iman yang sebaik mungkin buat kami,
pimpinlah kami ke jalan yang Engkau Redhai"...Amin




Friday 3 August 2012

Berbuka Puasa bersama KKM

Adalah dijemput semua Jemaah Lavender Heights untuk bersama-sama ke majlis berbuka puasa bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pameran ringkas telah disediakan untuk tatapan umum beserta taklimat ringkas yang akan diadakan selepas solat maghrib.

Semua dijemput hadir!




Thursday 26 July 2012

Ramadan 2012

Alhamdulillah, banyak program telah diaturkan oleh pihak Surau Ibnu Khaldun bagi pengisian Bulan yang penuh rahmat ini. Berikut adalah diantara program-program yang telah dirancangkan dan diharapkan para jemaah sekalian dapat bersama-sama menjayakanya, InsyaAllah.

  • Solat Tarawih + Tazkirah + Solat Witir 
    • 8+3 rakaat
    • dipimpin oleh Ust Surul Miri
    • diselang seli dengan Tazkirah ringkas
  • Majlis Tahlil Arwah 
    • nama para arwah boleh diisikan pada borang khas. 
    • dapatkan borang di pintu2 masuk surau/ SU, Hj. Shukor/TSU, En. Azizul
    • sumbangan ikhlas daripada para jemaah dialukan
  • Program Moreh Selepas Tarawih 
    • kos Moreh adalah RM300 untuk satu malam
    • sila rujuk jadual/penyata di sebelah kiri surau
    • hubungi SU, Hj. Shukor/TSU, En. Azizul untuk urusan lanjut
  • Program Tadarus Al-Quran 
    • diadakan selepas Program Moreh setiap malam
    • Muslimin dan Muslimat secara berasingan, 
    • hubungi Imam Surau, Hj Jumali Suratman untuk Muslimin
    • hubungi Biro Muslimat Hjh Murni untuk Muslimat
    • waktu tadarus Muslimat adalah pada waktu pagi
  • Program Berbuka Puasa
    • Tempat - di dewan makan Surau
    • Diadakan pada setiap hari, dan terbuka kepada semua jemaah
  • Kuliah Subuh
    • diadakan pada setiap selepas Subuh, pada setiap Sabtu dan Ahad setiap minggu
    • Sila rujuk kepada page Jadual Kuliah
  • Kuliah Zuhur
    •  Sila rujuk kepada papan keyataan
  • Program Qiamullai
    •  Akan diberitahu kelak
  • Kaunter pungutan Zakat Fitrah
    • Sila berhubung terus dengan Ust Rosli selepas Solat Terawih
  • Sambutan Nuzul-Quran
    • Akan diberitahu kelak
  • Takbir Malam Raya
    • Akan diberitahu kelak
  •  Solat Hari Raya
    • Akan diberitahu kelak 

Selamat beramal.