Friday, 12 October 2012

Program 'Motivasi al-Quran (MAQ)'


'Motivasi al-Quran (MAQ)'

Pengenalan
Dalam era globalisasi masa kini, pelbagai bentuk pendidikan telah disediakan oleh pelbagai pihak bagi mengisi masa remaja/anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan motivasi dan prestas

i mereka. Namun begitu, terdapat cabaran yang lebih besar untuk dihadapi oleh golongan muda masa kini iaitu cabaran yang berbentuk pengaruh hiburan dan anasir-anasir buruk yang datang dari media dan rakan-rakan. Isu ini telah menyedarkan ramai ibu bapa tentang pentingnya pendidikan akhlak dan agama terhadap anak-anak mereka.
Sebagai langkah kepada pencetus penyelesaian, Infitah Training & Consultancy telah mewujudkan Program Motivasi al-Quran (MAQ) bagi merealisasikan misi untuk melahirkan generasi berakhlak muslim dalam kalangan anak-anak muda zaman kini.

Objektif - 'Motivasi al-Quran (MAQ)'
  • Menumbuhkan rasa cinta untuk mengamalkan bacaan al-Quran serta kandungannya.
  • Menggalakkan para remaja muslim untuk mempraktikkan akhlak Islamiah.
  • Menghidupkan rutin harian remaja Islam dengan syiar al-Quran.
  • Terbinanya bangga diri hidup dalam Islam.

Rasional - 'Motivasi al-Quran (MAQ)'
  • Mengimarahkan masa & aktiviti harian dengan syi’ar Al-Quran.
  • Memesrakan remaja Islam dengan akhlak Islamiah.
  • Meningkatkan peranan remaja sebagai hamba Allah & khalifah sepanjang masa apabila berhadapan dengan masyarakat.
  • Memaksimumkan potensi remaja menyebar luaskan dakwah Islam.

Sasaran - Program 'Motivasi al-Quran (MAQ)' disasarkan buat remaja 10 - 16 tahun. Infitah Training & Consultancy dilantik sebagai pengendali program Motivasi al-Quran (MAQ) manakala Surau Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights sebagai tuan rumah (penganjur).

Sila hubungi SU/TSU Surau untuk pendaftaran dan bayaran, jangan lepaskan peluang untuk menyediakan anak-anak kita dengan pengajian Al-Quran ini, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment