Thursday 25 October 2012

Program Korban 2012

Masa: 8.00pagi
Tempat: Kawasan Madrasah
Sila bawa peralatan sembelihan. Semua dijemput hadir!


Saturday 13 October 2012

Petikan Kata Ustaz Kita

Buat renungan bersama;

 TAK IKUT hukum Allah - FASIK
BANTAH hukum Allah - MUNAFIQ
                                         -Ust Surul, 10 Dec 11-

Payah kita, kalau DUNIA saje yang berada di dalam hati kita..
                                       -Ust Zaidi, 5 feb 12-

 DUNIA ini bagai musuh atau seteru Allah
Sedangkan kita mengasihinya..
                                       -Ust Zaidi, 4 Mac 12-

Ambilah DUNIA sekadar perlu
Tinggalkan yang BERLEBIHAN..
                                       -Ust Zaidi, 18 Mac 12-

Tiada istilah sudah TERLAMBAT
untuk bertaubat....bertaubatlah !
                                       -Ust Surul, 24 Mac 12-

Jangan SELESA dengan IKHTIAR kita.
                                    -Ust Zaidi, 3 Jun 12-

Bahkan Al-Quran pon diNAFIkan dek sesetengah orang,
Inikan pulak IJMAK ULAMA'...
                                    -Ust Zaidi, 3 Jun 12-

Kita TIDAK bimbang kepada NERAKA
Kita TIDAK ghairah kepada SYURGA
                                     -Ust Surul, 22 Sep 12-
 
Surah Al-Ikhlas - 1/3 dari Al Quran
Surah Al-Zalzala - 1/2 dari Al Quran
Surah Al-Aadiyat - 1/2 dari Al Quran
Surah Yasiin - 10 dari Al Quran !!
                                     -Ust Khusairi, 14 Okt 12-
 
Amalan di 10 hari pertama bulan Zulhijjah
Bersamaan gandaan 700 kali hari-hari biasa..
                                     -Ust Khusairi, 14 Okt 12-
 
 
 

Friday 12 October 2012

Program 'Motivasi al-Quran (MAQ)'


'Motivasi al-Quran (MAQ)'

Pengenalan
Dalam era globalisasi masa kini, pelbagai bentuk pendidikan telah disediakan oleh pelbagai pihak bagi mengisi masa remaja/anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan motivasi dan prestas

i mereka. Namun begitu, terdapat cabaran yang lebih besar untuk dihadapi oleh golongan muda masa kini iaitu cabaran yang berbentuk pengaruh hiburan dan anasir-anasir buruk yang datang dari media dan rakan-rakan. Isu ini telah menyedarkan ramai ibu bapa tentang pentingnya pendidikan akhlak dan agama terhadap anak-anak mereka.
Sebagai langkah kepada pencetus penyelesaian, Infitah Training & Consultancy telah mewujudkan Program Motivasi al-Quran (MAQ) bagi merealisasikan misi untuk melahirkan generasi berakhlak muslim dalam kalangan anak-anak muda zaman kini.

Objektif - 'Motivasi al-Quran (MAQ)'
  • Menumbuhkan rasa cinta untuk mengamalkan bacaan al-Quran serta kandungannya.
  • Menggalakkan para remaja muslim untuk mempraktikkan akhlak Islamiah.
  • Menghidupkan rutin harian remaja Islam dengan syiar al-Quran.
  • Terbinanya bangga diri hidup dalam Islam.

Rasional - 'Motivasi al-Quran (MAQ)'
  • Mengimarahkan masa & aktiviti harian dengan syi’ar Al-Quran.
  • Memesrakan remaja Islam dengan akhlak Islamiah.
  • Meningkatkan peranan remaja sebagai hamba Allah & khalifah sepanjang masa apabila berhadapan dengan masyarakat.
  • Memaksimumkan potensi remaja menyebar luaskan dakwah Islam.

Sasaran - Program 'Motivasi al-Quran (MAQ)' disasarkan buat remaja 10 - 16 tahun. Infitah Training & Consultancy dilantik sebagai pengendali program Motivasi al-Quran (MAQ) manakala Surau Ibnu Khaldun, Taman Lavender Heights sebagai tuan rumah (penganjur).

Sila hubungi SU/TSU Surau untuk pendaftaran dan bayaran, jangan lepaskan peluang untuk menyediakan anak-anak kita dengan pengajian Al-Quran ini, InsyaAllah.

Monday 1 October 2012

Kuliah Agama - Sheikh Nuruddin Al- Banjari

Di jemput semua untuk meramaikan Surau Ibnu Khaldun bagi mengikuti Kuliah Agama yang julung-julung kali diadakan ini. Majlis akan bermula selepas maghrib, pad ahari Sabtu, 6 Oktober 2012. Muslimin dan Muslimah dijemput hadir.