Thursday 28 June 2012

Ceramah Perdana - Ust Fauzan Abdullah Al-Hafiz


Ustaz Mohd Farhan bin Abdullah Al-Hafiz dibesarkan di dalam suasana agama Kristian dan bersekolah Kristian selama lapan tahun. Beliau juga dilatih menjadi Mubaligh Kristian dan mendapat didikan awal dari ayahnya sendiri yang merupakan Ketua Gereja dari Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo.
Ketika itu, beliau juga mengkaji perbandingan antara Kitab Injil dan Al-Quran. Beliau banyak menelaah tulisan-tulisan Al-Marhum Syeikh Ahmad Deedat. Akhirnya dengan kuasa Allah yang tiada tolok bandingnya, mata hati beliau telah terbuka untuk melihat keindahan dan kebenaran agama Islam.

Majlis akan bermula selepas Maghrib, Ahad 1 Julai 2012, Para jemaah dijemput hadir!



Wednesday 27 June 2012

Kuliah Bulanan Ust Hambali

Dijemput semua untuk mengikuti Kuliah Bulanan kita, yang akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ust Hambali Saad, pada Jumaat 29 Jun 2012, selepas Maghrib.

Thursday 21 June 2012

Ceramah Israk Mikraj

Pihak Surau Ibnu Khaldun akan mengadakan ceramah perdana Israk Mikraj pada Jumaat malam, 22 Jun 2012, Penceramah jemputan ialah Al-Fadhil Ustaz Khusairi Hamthan, semua dijemput hadir.

Saturday 9 June 2012

Kunjungan Sheikh Nuruddin Al-Banjari - ke 2

Alhamdulilah, buat kali keduanya Surau Ibnu Khaldun menerima kunjungan Ulama terkenal. Programnya padat di pagi harinya di Melaka, kemudian terus bergerak ke Seremban untuk slot kedua ini. Ulasan dan perumpamaan disampaikan dengan penuh ilmiah dan teratur, cukup bermakna. Diselangi pula oleh alunan Qasidah daripada Ust Khusairy, amat mengiburkan.

Berikut adalah sedikit gambar2 yang sempat dirakamkan.



 Ini adalah BUKAN Ust Khusairy dan kumpulannya...
Tapi, ini adalah gambar sebenarnya...tadi cuma kumpulan Qasidah simpanan, 
masih dalam proses pembikinan
Jamuan ringan...yang agak berat jugalah nampaknya..

Alhamdulliah...sempurna satu lagi majlis ilmu...