Thursday 5 April 2012

Ceramah Perdana - Ust Nuruddin Al-Banjari

Buat julung kalinya, Surau kita menerima kunjungan ulama besar Nusantara, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki bagi menyampaikan ceramah. Majlis akan bermula selepas Solat Zuhur, pada hari Sabtu, 14 April 2012, bertempat di Dewan Solat utama. Para jemaah sekalian adalah dijemput hadir.



 
Al-'Allamah Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari daerah Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.

Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).


 Di antara gambar2 yang sempat dirakamkan:
Tuan Pengerusi Majlis - Hj Jalil Sarijo
Ust Pengiring - Ust Shuhada'
Alunan QASIDAH oleh Ust Khusairi dan kumpulan, sungguh mengasyikan..!
Yang Mulia Sheikh Nuruddin Al-Banjari....
InsyaAllah...kite bertemu lagi di masa hadapan..
Gambar hiasan....Nangko..!
Tak sempat nak ambik gambar selepas majlis disebabkan semua jemaah termasuk potographer 
khusuk sangat dengan juadah mee goreng dan kueh mueh yang tersedia...

Pihak Surau Lavender Heights ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
sekelian jemaah yang hadir, dan kepada penderma/penyumbang, baik daripada
segi kudrat tenaga, masa yang diberikan, bantuan kewangan, sumbangan kueh mueh dan lain lain yang tidak
disebutkan di sini...semoga Allah memcucuri rahmat-Nya kepada kita..InsyaAllah..

Monday 2 April 2012

Pengajian Bahasa Al-Quran oleh Dr Yusof Abbas

Pihak Surau Ibnu Khaldun ingin menjemput Para Jemaah sekalian untuk mendaftarkan diri bagi Kuliah Pengajian Bahasa Al-Quran. Kuliah ini akan disampaikan oleh Dr Yusof Abbas pada setiap Hari Isnin dan Jumaat selepas Magrib (jikalau terdapat program khas yang lain, pindaan akan dimaklumkan kemudian). Sessi pertama akan diadakan pada 2hb April sebagai pembukaan atau sessi pengenalan. Borang pendaftaran boleh didapati di Surau dan juga Blog.

Tempoh Pengajian   :  4 bulan
Yuran Pengajian      :   RM30 sebulan (termasuk bayaran buku dan minuman)
Tempat                   :   Dewan Jamuan
Hari                        :   Setiap Isnin dan Jumaat (selepas maghrib)
Sessi pertama         :   Selepas Solat Maghrib hingga Waktu Isyak
Sessi kedua            :   Selepas Solat Isyak/Minuman hingga 10malam


 Sekian Harap Maklum