Thursday 26 July 2012

Ramadan 2012

Alhamdulillah, banyak program telah diaturkan oleh pihak Surau Ibnu Khaldun bagi pengisian Bulan yang penuh rahmat ini. Berikut adalah diantara program-program yang telah dirancangkan dan diharapkan para jemaah sekalian dapat bersama-sama menjayakanya, InsyaAllah.

  • Solat Tarawih + Tazkirah + Solat Witir 
    • 8+3 rakaat
    • dipimpin oleh Ust Surul Miri
    • diselang seli dengan Tazkirah ringkas
  • Majlis Tahlil Arwah 
    • nama para arwah boleh diisikan pada borang khas. 
    • dapatkan borang di pintu2 masuk surau/ SU, Hj. Shukor/TSU, En. Azizul
    • sumbangan ikhlas daripada para jemaah dialukan
  • Program Moreh Selepas Tarawih 
    • kos Moreh adalah RM300 untuk satu malam
    • sila rujuk jadual/penyata di sebelah kiri surau
    • hubungi SU, Hj. Shukor/TSU, En. Azizul untuk urusan lanjut
  • Program Tadarus Al-Quran 
    • diadakan selepas Program Moreh setiap malam
    • Muslimin dan Muslimat secara berasingan, 
    • hubungi Imam Surau, Hj Jumali Suratman untuk Muslimin
    • hubungi Biro Muslimat Hjh Murni untuk Muslimat
    • waktu tadarus Muslimat adalah pada waktu pagi
  • Program Berbuka Puasa
    • Tempat - di dewan makan Surau
    • Diadakan pada setiap hari, dan terbuka kepada semua jemaah
  • Kuliah Subuh
    • diadakan pada setiap selepas Subuh, pada setiap Sabtu dan Ahad setiap minggu
    • Sila rujuk kepada page Jadual Kuliah
  • Kuliah Zuhur
    •  Sila rujuk kepada papan keyataan
  • Program Qiamullai
    •  Akan diberitahu kelak
  • Kaunter pungutan Zakat Fitrah
    • Sila berhubung terus dengan Ust Rosli selepas Solat Terawih
  • Sambutan Nuzul-Quran
    • Akan diberitahu kelak
  • Takbir Malam Raya
    • Akan diberitahu kelak
  •  Solat Hari Raya
    • Akan diberitahu kelak 

Selamat beramal.











Saturday 14 July 2012

Gotong Royong sempena Ramadan 2012

Pihak surau sangat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemaah yang berkesempatan untuk membantu membersihkan persekitaran surau. Ini adalah bersempena sambutan bulan Ramadan yang akan tiba.
 Ini bukan Gotong Royong, tapi sekadar mengisi perut untuk bekerja keras nanti...
                                              Potong balak tu bang...mahal tu...boleh dijual..
                                                                 Tukang sapu dan tukang kilat..
                                                                     Tenang dan fokus...
                                                                    Professional job....!
                           Ini bukan 'logger' haram, cume clearkan pokok-pokok yang tidak dikehendaki
                                                                  Best sungguh main air..
                                                    Exercise yang free...tapi bermanafaat..
Khemah baru....yang lame dah terkoyak...
Terima Kasih MPS....penuh sampah sarapnye, terpaksa buat 2 trip
untuk menghabiskan sisa-sisa sampah yang telah dikumpulkan

Wednesday 4 July 2012

Ceramah Bulanan - Sheikh Nuruddin Al-Banjari

Para jemaah sekalian adalah dijemput untuk menghadiri Ceramh Bulanan Sheikh Nuruddin Al-Banjari pada hari Sabtu ini. Majlis akan bermula selepas Zuhur (2 petang). Harap maklum