Minit Mesyuarat



No Fail /Rujukan: 2012/SEP/8
MINIT MESYUARAT AJK
Surau Ibnu Khaldun

Tarikh               : 19 Sep 2012
Hari                  : Rabu
Tempat            : Surau Ibnu Khaldun
Masa               : 9.00 malam


 
Bil      Perkara
Tindakan

1.       Pendahuluan
1.1.   Ucapan Aluan dan Pembukaan
Mesyuarat AJK didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah, dan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Surau, En Mohd Hamka Abdul Rani. Majlis seterusnya dipengerusikan oleh beliau.

2.       Senarai Kehadiran
2.1.   Hadir
En Mohd Hamka Abdul Rani, Hj Jumali Suratman, Hj Abdul Sukor Mahat, En Azizul Awang, Hj Mohd Shahrer Hanipi, Hj Jalil Sarijo, En Wan Mohd Razi, Dato Hj Abu Kassim Md Nor, Hj Mohamad Atan, Hj Harun Yaakub, Hj Khalil Ariffin, Hj Suhami Sulaiman, Datin Hjh Murni Sudin, Pn Aminah Nor, En Hisham Mohd Hanip dan Hjh Norijan Masri
2.2.   Tidak Hadir
Hj Shamsuddin Jamil

3.       Pengesahan Laporan Minit Mesyuarat MAC2012
Minit mesyuarat kali ke-3 (No fail: 2012/JUL/3) telah diteliti dan disahkan secara sebulat suara pada mesyuarat ini.



4.       Perlantikan Imam Tambahan
Surau akan berusaha untuk melantik Imam tambahan yang bukan daripada kalangan AJK Surau. Proses pemilihan ini akan dijalankan oleh Tuan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam masa terdekat ini dan senarai baru Imam akan diumumkan kelak.

5.       Pembentangan Kewangan Surau
5.1.   Laporan Kewangan Bulanan
Pembentangan dibuat oleh Bendahari Surau, Hj Shahrer Hanipi untuk sesi Julai hingga Ogos 2012. Sila rujuk papan kenyataan atau BLOG surau untuk Penyata Rasmi Kewangan surau (dikeluarkan pada setiap dua bulan). Laporan Kewangan ini telah diteliti dan disahkan secara sebulat suara.

Manakala pembayaran elaun Pengajian Bahasa Arab kepada Dr Yusof Abas akan ditetapkan kepada RM500/sebulan, bukan lagi dengan pecahan 70%:30% seperti sebelum ini. Kelas ini akan dibuka kepada mana-mana Jemaah yang berminat dan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak surau.




Pada masa yang sama, peraturan perlembagaan yang menyatakan jumlah minima tunai yang boleh dipegang oleh Tuan Bendahari adalah sebanyak RM1000, kini dinaikan hadnya kepada RM3000.

6.       Khairat Kematian dan Pengurusan Jenazah
6.1.    Skim Khairat Kematian
Perlaksanaan Program Khairat Kematian Surau akan diumumkan kepada jemaah surau oleh Tuan Pengerusi dalam masa terdekat.

6.2.    Pengurusan Jenazah
Pihak surau bersetuju meneruskan program pengurusan jenazah yang sedia ada yang dikendalikan oleh Ustaz Ibrahim dan En. Khairuddin. Sementara pihak MUSLIMAT akan melibatkan diri dalam pengurusan jenazah di pihak muslimat (secara sukarela).

7.     Permohonan Kebenaran Mengadakan Solat Jumaat
Surat Permohonan telah dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri pada 17hb Julai yang lalu, dan maklumbalasnya akan dibuat oleh Timbalan Pengerusi dan dipaparkan di papan kenyataan Surau.

8.         Meningkatan tahap keselamatan (ekoran kes kecurian)
Pihak Surau ingin memohon bantuan RELA untuk mengawasi kawasan Surau terutamanya pada hari Jumaat dan akan berhubung dengan pihak berkenaan untuk tindakan seterusnya.

9.         Mengiklankan madrasah/kawasan lapang untuk kegunaan umum.
Pihak Surau akan mempertimbangkan permohonan bagi menggunakan kawasan lapang/parking Surau untuk kegunaan majlis-majlis keraian (perkahwinan, keramaian dan sebagainya).

Walaubagaimanapun, kebenaran untuk mengadakan majlis ini mestilah mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan Surau dan syarat-syarat yang dikenakan mestilah dipatuhi sepenuhnya.

Iklan akan disiarkan di dalam Buletin Surau yang akan disampaikan kepada warga Lavender Heights dalam masa terdekat.

10.       Pembacaan hadith setiap hari selepas maghrib dan subuh
Program ini akan diteruskan sepertimana sekarang dan ditambahkan lagi kekerapanya iaitu pada selepas Solat Subuh pada setiap hari (jika tiada pertembungan jadual Kuliah-Kuliah Subuh, program ini akan dipimpin oleh Tuan Hj Jalil Sarijo)

11.       Kenduri dan Keramain
Pemberitahuan untuk mengadakan majlis-majlis keramaian hendaklah diberitahu kepada Setiausaha ataupun Timbalan Setiausaha Surau seawal yang mungkin (ataupun 2 minggu sebelum tarikh yang dicadangkan). Pemberitahuan ini akan disampaikan dari masa ke semasa dan dimuatkan juga di dalam buletin Surau. Diharap tiada lagi pertindihan majlis-majlis keramaian akan berlaku di masa-masa hadapan.





12.       Penambahan Lampu Jalan
Pihak Surau memerlukan lebih kurang RM3000 untuk menanggung kos pemasangan Lampu Jalan tambahan di sekitar kawasan Surau. Oleh kerana kos yang agak tinggi, pihak Surau bersetuju menangguhkan pemasangan lampu jalan tambahan untuk sementara waktu melainkan sekiranya ada sumbangan khas daripada mana-mana Jemaah Lavender Heights. Pengumuman ini akan disampaikan oleh Setiausaha/TSU Surau dalam masa terdekat.

13.   Usul menerima Perlembagaan Surau secara rasmi.
Mesyuarat AJK meluluskan deraf Perlembagaan Surau dan akan diserahkan secara rasminya kepada Majlis Agama Negeri pada masa terdekat ini.

14.   Pembinaan Pintu di Saf hadapan (bahagian tepi surau)
Kerja-kerja pembinaan ini telah disiapkan sepenuhnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada Hj Mohamad Atan

15.   Penambahan tempat Wuduk MUSLIMAT
Kerja-kerja pembinaan ini telah disiapkan sepenuhnya, jutaan terima kasih diucapkan kepada Hj Mohamad Atan

16.   Perkara-Perkara Berbangkit
16.1. Perubahan waktu Program Kuliah Sheikh Nuruddin
Pihak Surau memutuskan untuk menukarkan waktu kuliah daripada selepas Zuhur kepada selepas Maghrib untuk memaksimakan kehadiran jemaah. Pengumuman akan disampaikan oleh Setiausaha/TSU Surau dalam masa terdekat.

16.2.   Penambahan Kuliah  - Ust Don/ Ust Hassan Din Al-Hafiz
AJK Dakwah akan cuba untuk mengubungi penceramah yang lain sebagaimana permintaan majoriti Jemaah Lavender Heights.

16.3. Program Tarawikh untuk tahun hadapan (2013)
Pihak Surau memutuskan untuk terus menggunakan khidmat Ust Surul Miri bagi memimpin Solat Terawikh, Witir, Qiamullai dan Tazkirah untuk Bulan Ramadhan tahun hadapan.

Tuan Setiausaha akan menghubungi Ust Surul untuk kepastian.


16.4.   Program Solat Aidil-Adha
Solat Hari Raya:
Waktu Solat Raya: 8.30pagi
Imam/Khatib; Hj Jumali
Bilal; Hj Abdul Sukor

Takbir Malam Raya (rumah ke rumah):
Penyusunan jadual Takbir akan dibuat pada masa terdekat ini. (Untuk tiga malam berturut-turut)






16.5.   Program Korban 2012
Gotong Royong: Hari/Tarikh/Masa: 20 Oktober/Sabtu/8.00 pagi
Jumlah lembu korban: 7 ekor (tertakluk kepada pindaan)
Jumlah maksimum setiap peserta: 3 Bahagian tertakluk kepada pindaan)
Harga: RM420 setiap bahagian tertakluk kepada pindaan)

Pengurusan Program Korban: (penyediaan lembu, peralatan dan pekerja mahir)
Ketua: Dato’ Abu Kassim
Penolong: Hj Shahrer

Pengagihan daging korban:
Kawasan Lavender Heights: Dato’ Abu Kassim
Kawasan Luar Lavender Heights: Hj Harun (disampaikan kepada YB Tuan Hj Taufik, ADUN Paroi)



17.   Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.50 malam




Makluman





Makluman







Pencadang:
En Mohd Hamka
Penyokong:
Hj Jumali


Makluman


Makluman





Makluman







Makluman



Tugasan:
En Mohd Hamka


Makluman




Tugasan:
Hj Jumali



Tugasan:
Hj Mohamad Atan



Makluman



Makluman



Tugasan:
En Azizul Awang


Makluman



Makluman






Makluman


Tugasan:
Hj Abdul Sukor


Makluman



Makluman




Makluman


Tugasan:
Hj Harun Yaakub


Makluman



Tugasan:
Hj Abdul Shukur


Makluman




Tugasan:
Hj Abdul Shukur



Makluman








Tugasan:
Dato’ Abu Kassim




Tugasan:
Hj Harun Yaakub



Makluman

Disediakan oleh,                                                             Disahkan oleh,

……………………………….                                               …………………………………..
(En Azizul Awang)                                                                (En Mohd Hamka Abdul Rani)
Timbalan Setiausaha                                                            Pengerusi                                                         Surau Lavender Heights                                                        Surau Lavender Heights           
 



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No Fail /Rujukan: 2012/JUL/3


MINIT MESYUARAT AJK
Surau Ibnu Khaldun

Tarikh             : 5 Julai 2012
Hari                 : Khamis
Tempat          : Surau Ibnu Khaldun
Masa              : 9.30 malam

Bil      Perkara
Tindakan

1.       Pendahuluan
1.1.   Ucapan Aluan dan Pembukaan
Mesyuarat AJK didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah, dan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi Surau, Hj Jumali Suratman. Majlis seterusnya dipengerusikan oleh beliau.

2.       Senarai Kehadiran
2.1.   Hadir
Hj Jumali Suratman, Hj Abdul Sukor Mahat, En Azizul Awang, Hj Mohd Shahrer Hanipi, Hj Jalil Sarijo, En Wan Mohd Razi, Dato Hj Abu Kassim Md Nor, Hj Mohamad Atan, Hj Harun Yaakub, Hj Khalil Ariffin, Hj Suhami Sulaiman, Datin Hjh Murni Sudin, Pn Aminah Nor, En Hisham Mohd Hanip dan Hj Shamsuddin Jamil
2.2.   Tidak Hadir
En Mohd Hamka Abdul Rani dan Hjh Norijan Masri

3.       Pengesahan Laporan Minit Mesyuarat MAC2012
Minit mesyuarat kali ke-2 (No fail: 2012/MAC/2) telah diteliti dan disahkan secara sebulat suara pada mesyuarat ini.



4.       Isu Perlantikan Imam Surau
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agong pada 8 Mac 2012 lalu, jawatan Imam dan Pengerusi hendaklah dipisahkan ataupun diasingkan bagi mengurangkan bebanan tugas beliau. Pihak surau telah berusaha untuk melantik Imam-Imam yang berkelayakan, tetapi tiada persetujuan atau penerimaan yang diperolehi daripada individu-individu yang telah dicadangkan/dikenalpasti, disebabkan tanggungjawab lain yang tidak dapat mereka elakkan. Dengan itu, pihak AJK Surau telah sebulat suara melantik individu-individu berikut untuk menjadi Imam.

                                         i.            En Mohd Hamka Abdul Rani
                                        ii.            Hj Jumali Suratman
                                      iii.            Hj Mohd Shahrer Hanipi
                                      iv.               Hj Harun Yaakub


5.       Pembentangan Kewangan Surau
5.1.   Laporan Kewangan Bulanan
Pembentangan dibuat oleh Bendahari Surau, Hj Shahrer Hanipi untuk sesi Mac hingga Jun 2012. Sila rujuk papan kenyataan atau BLOG surau untuk Penyata Rasmi Kewangan surau (dikeluarkan pada setiap dua bulan).

Manakala pembayaran elaun Pengajian Bahasa Arab kepada Dr Yusof Abas akan dibuat dalam nisbah 70% / 30% supaya ianya adil. Ini telah dipersetujui oleh beliau sendiri.

Laporan Kewangan ini telah diteliti dan disahkan secara sebulat suara pada mesyuarat ini.

5.2.   Inisiatif Penambahan Pendapatan
Aktiviti penambahan pendapatan surau akan diteruskan/ dijalankan secara berterusan, seperti butiran di bawah:
5.2.1. Pengurangan Perbelanjaan Jamuan sekiranya perlu
5.2.2.       Kutipan derma ikhlas semasa Kuliah/Ceramah melalui tabung-tabung surau
5.2.3.       Kutipan derma ikhlas Surau melalui internet banking/online transfer dan Standing Instruction dan sebagainya.

6.       Khairat Kematian dan Pengurusan Jenazah
6.1.   Skim Khairat Kematian
Deraf terakhir telah diberikan kepada Tuan Pengerusi untuk tindakan lanjut. Perlaksanaan akan diumumkan kepada jemaah surau oleh Tuan Pengerusi.
6.2.   Pengurusan Jenazah
Pihak surau bersetuju meneruskan program pengurusan jenazah yang sedia ada yang dikendalikan oleh Ustaz Ibrahim dan En. Khairuddin. Sementara pihak MUSLIMAT akan melibatkan diri dalam pengurusan jenazah di pihak muslimat (secara sukarela).

7.     Permohonan Kebenaran Mengadakan Solat Jumaat
Permohonan baru akan dibuat oleh Tuan Pengerusi secara bertulis kepada Jabatan Agama Islam Negeri.

8.         Meningkatan tahap keselamatan (ekoran kes kecurian)
Pemasangan grill pada bilik siaraya and setor Surau telah selesai. Terima kasih diucapkan kepada Hj Mohamad Atan

9.         Membaikpulih papan keyataan (notice board)
Papan keyataan yang baru telah didermakan oleh ahli jemaah surau. Proces pembiakpulihan akan dibuat secara berterusan dari masa ke semasa.



10.      Penyediaan Peti Cadangan
Papan Tanda Peti Cadangan adalah belum siap dan akan disiapkan dalam maka terdekat.

11.      Mengiklankan/menyewakan madrasah kepada pusat tuition
Buat masa ini, tiada pihak yang tampil untuk menyewa madrasah, jadi iklan ini akan diteruskan/dibuka kepada pihak umum jikalau ada yang berminat. Jika ada, boleh terus berhubung dengan Pengerusi Surau untuk urusan yang lebih lanjut.

12.      Pembacaan hadith setiap hari selepas maghrib
Program ini adalah telah dan sedang berjalan sebagaimana yang dirancangkan (diketuai oleh Hj Jalil Sarijo)

13.      Kehilangan tiang pagar di belakang madrasah
Pemasangan tiang pagar di belakang madrasah telah selesai. Terima kasih diucapkan kepada Hj Mohamad Atan

14.      Kenduri dan Keramain
Pemberitahuan untuk majlis kenduri and keramaian hendaklah diberitahu kepada Setiausaha ataupun Timbalan Setiausaha seawal yang mungkin (2 minggu lebih awal)

15.      Blog Surau - surauibnukhaldunlavenderheights.blogspot.com  
Blog surau adalah aktif dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Maklumat terkini Surau seperti Laporan Minit Mesyuarat dan Laporan Kewangan akan dimasukan ke dalam Blog Surau. Sebarang pertanyaan ataupun iklan, bolehlah menghubungi Timbalan Setiausaha (En Azizul Awang).

16.      Perkara-Perkara Berbangkit
16.1.Program Bulan Ramadan & Solat Tarawikh
Jumlah rakaat;
8 tarawikh + 3 witir
Imam;
Ust Surul Miri (dan dibantu oleh Imam-Imam Surau)
Bilal;
Hj Abdul Sukor Mahat, Hj Jalil Sarijo, En Badrul, Hj Harun Yaakub.
Tazkirah;
Ust Surul Miri, Ust Hambali Saad
Kuliah Subuh;
Ust Zaidi Ramli, Ust Hambali Saad, Ust Khusairi Hamthan
Tadarus AlQuran;
Ketua: Hj Md Noor Alias
Moreh & Tahlil;
Yuran minima untuk Moreh ialah RM300 (makanan/minuman akan disediakan oleh En Shahidan)
16.2.   Persiapan Tempat/Khemah/Tikar
Ketua: Hj Mohamad Atan
16.3.   Solat Hari Raya
Imam;
Hj Jumali Suratman
Bilal;
Hj Abdul Sukor Mahat
16.4.   Gotong Royong
Hari; Sabtu
Tarikh; 14 Julai
Waktu; 8.00pagi
16.5.   Pembinaan Pintu di Saf hadapan (bahagian tepi surau)
Pihak surau bersetuju untuk membina sliding door untuk kedua-dua belah kiri dan kanan surau bagi menyambungkan Saf hadapan di dalam dan di bahagian verandah. Kerja-kerja pembinaan ini akan diuruskan oleh Hj Mohamad Atan
16.6.   Penambahan tempat Wuduk MUSLIMAT
Pihak surau bersetuju untuk membina tempat mengambil wuduk tambahan bagi pihak MUSLIMAT. Kerja-kerja pembinaan ini akan diuruskan oleh Hj Mohamad Atan
16.7.   Penambahan Parking dan Lampu Jalan
Pihak surau dengan bantuan dana daripada Persatuan Penduduk Lavender Heights (berjumlah RM9100.00), akan digunakan untuk menaiktaraf dan menambah jumlah lot parking untuk kegunaan jemaah surau. Kerja-kerja pembinaan ini akan diuruskan oleh Hj Mohamad Atan
16.8.   Usul menerima Perlembagaan Surau secara rasmi.
Dato’ Abu Kassim mengesyorkan deraf Perlembagaan Surau diluluskan, dibukukan dan diterimapakai dalam pentadbiran Surau. Perlembagaan ini akan dipaparkan di papan kenyataan dan BLOG surau.

17.  Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 malam




Makluman





Makluman




Makluman



3. Pencadang:
Dato Abu Kassim
Penyokong:
Hj Khalil Ariffin

Makluman















Makluman






5.1 Pencadang:
Hj Jalil Sarijo
Penyokong:
Hj Harun Yaakub



Makluman













6.1 Tugasan:
En Mohd Hamka Abdul Rani

Makluman




7.0 Tugasan:
En Mohd Hamka Abdul Rani


Makluman



9.0 Tugasan:
En Azizul Awang





10.0 Tugasan:
En Wan Mohd Razi

Makluman




Makluman



Makluman


Makluman



Makluman






Makluman












Makluman

Makluman




Makluman


Makluman



Makluman


Makluman



Makluman





Makluman

Disediakan oleh,                                                                  Disahkan oleh,

……………………………….                                               …………………………………..
(En Azizul Awang)                                                                (En Mohd Hamka Abdul Rani)
Timbalan Setiausaha                                                            Pengerusi                                                        Surau Lavender Heights                                                        Surau Lavender Heights           

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


No Fail /Rujukan: 2012/MAC/2

MINIT MESYUARAT AJK
Surau Ibnu Khaldun

Tarikh             : 18 Mac 2012
Hari                 : Ahad
Tempat          : Surau Ibnu Khaldun
Masa              : 9.30 malam

Bil      Perkara
Tindakan
1.        Pendahuluan
1.1.   Ucapan Aluan dan Pembukaan
Mesyuarat AJK didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah, dan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Surau, En Mohd Hamka Mohd Rani. Majlis seterusnya dipengerusikan oleh beliau.

2.       Senarai Kehadiran
2.1.   Hadir
En Mohd Hamka Abdul Rani, Hj Jumali Suratman, En Azizul Awang, Hj Mohd Shahrer Hanipi, En Wan Mohd Razi, Dato Hj Abu Kassim Md Nor, Hj Mohamad Atan, Hj Harun Yaakub, Hj Khalil Ariffin, Hj Suhami Sulaiman, Datin Hjh Murni Sudin, Hjh Norijan Masri dan Pn Aminah Nor
2.2.   Tidak Hadir/dikecualikan
Hj Abdul Sukor Mahat, Hj Jalil Sarijo, Hj Mohd Nor Alias dan Hj Yusoff Mat

3.       Perlantikan Wakil Dari Laman Villa and Fasa 1 (Teres)
3.1.   Laman Villa – Hj Alias
3.2.   Fasa 1 (Teres) – En Hisham

4.       Pembahagian BIRO-BIRO Khas
Biro
Ketua
Timbalan/Ahli
4.1.  Biro Dakwah
Hj Jumali Suratman

Hj Jalil Sarijo
Hj Suhami Sulaiman
4.2.  Biro Ekonomi
Dato Hj Abu Kassim Md Nor
Hj Khalil Ariffin
4.3.  Biro Keselamatan Dan Kebersihan
Hj Mohamad Atan
En Wan Mohd Razi
4.4.  Biro Kebajikan Dan Keramaian
Hj Harun Yaakub
Mohd Shahrer Hanipi


5.       Perlantikan Pegawai-Pegawai Surau
5.1.   Imam
En Mohd Hamka Abdul Rani
Hj Jumali Suratman
Hj Mohd Shahrer Hanipi
Hj Harun Yaakub
5.2.   Bilal
Hj Abdul Sukor Mahat
Hj Jalil Sarijo
Hj Suhami Sulaiman
En Badrul Sudin
5.3.   Siak
Hj Ariffin Mat Shah
Hj Ariffin Lihin
Hj Mohd Ariffin Mohd Said
En Azman Zainal Abidin

6.       Pembentangan Kewangan Surau
6.1.   Laporan Kewangan Bulanan
Pembentangan dibuat oleh Bendahari Surau, Hj Shahrer Hanipi untuk sesi Januari dan Febuari 2012. Perbelanjaan utama adalah dikategorikan seperti berikut:
·         Perbelanjaan Kuliah (saguhati para Ustaz) – 45%
·         Perbelanjaan Jamuan/Keraian – 45%
·         Perbelanjaan Penyelenggaraan/Lain-lain – 10%

Pada masa sekarang, perbelanjaan Bil Air dan Elektrik adalah hasil derma ikhlas salah seorang ahli Kariah.

Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk maklumat terperinci bagi laporan kerwangan bulan Januari dan Febuari 2012.

6.2.   Inisiatif Penambahan Pendapatan
Tanpa hasil pendapatan tetap, Surau hanya bergantung kepada sumbangan ikhlas ahli kariah, dan jumlah tersebut amatlah terhad memandangkan perbelanjaan yang semakin meningkat/penambahan aktiviti Surau, antara cadangan yang dibincangkan dengan terperinci dan telah dipersetujui adalah:
6.2.1. Pengurangan Perbelanjaan Jamuan sekiranya perlu
6.2.2.       Kutipan derma ikhlas semasa Kuliah/Ceramah melalui tabung-tabung surau
6.2.3.       Kutipan derma ikhlas Surau melalui internet banking/online transfer dan Standing Instruction dan sebagainya.






7.       Khairat Kematian dan Pengurusan Jenazah
7.1.   Skim Khairat Kematian
Pihal Surau akan meneruskan perancangan terdahulu untuk merialisasikan Skim Khairat Kematian untuk pihak Khariah. Tujuan utama adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memudahkan ahli kariah dalam pengurusan pengebumian jenazah ahli keluarga. Perlaksanaan akan mengikut tatacra semasa. Butiran terperinci akan disebarkan  selepas perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat.




7.2.   Pengurusan Jenazah
Isu memandikan jenazah akan dibincangkan dengan Ustaz Ibrahim atau pihak yang terlibat bagi mencapai kata sepakat. Buat masa sekarang, segala urusan jenazah adalah dibuat sepenuhnya oleh pihak berkaitan dengan bantuan yang diberikan daripada pihak Surau. MUSLIMAT mencadangkan agar urusan memandikan jenazah dibuat sendiri oleh Jemaah Surau untuk masa hadapan.




8.     Permohonan Kebenaran Mengadakan Solat Jumaat
Permohonan terdahulu adalah tidak diluluskan memandangkan Masjid Khariah Paroi telah siap dibina dan mampu menampung jumlah jemaah di persekitaran kawasan Paroi. Namun pihak Surau akan menghubungi Badan Pengurusan Masjid dan Surau, Pejabat Agama Islam Negeri bagi mendapatkan pandangan dan aturcara jika terdapat sebab sebab yang kukuh, untuk membolehkan Surau mengadakan sembahyang Jumaat. Dalam masa terdekat, dua kelompok kawasan perumahan akan siap untuk didiami di kawasan sekitar Surau (Teres Setingkat dan Taman Sri Pajam), dan tidak mustahil kita boleh meneruskan dengan agenda ini.




9.       Perkara-perkara berbangkit
9.1.   Meningkatan tahap keselamatan (ekoran kes kecurian)
Pemasangan grill pada bilik siaraya and setor Surau. Usul ini dicadangkan oleh Dato Hj Abu Kassim Md Nor, telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh jemaah AJK.





9.2.   Membaikpulih papan keyataan (notice board)
Pembaikpulihan adalah sangat perlu memandangkan keadaan papan keyataan yang sediada adlalah kurang memuaskan, manakala White Board akan ditukarkan kerana tidak lagi dalam keadaan baik, Untuk segala risalah yang tidak berkaitan dengan urusan serta aktiviti Surau, contohnya iklan and pemberitahuan umum, akan ditempatkan di papan keyataan dewan keraian. Manakala papan keyataan yang ada akan diisikan dengan Jadual Kuliah, Risalah Agama dan perkara berkaitan Surau sahaja. Usul ini dicadangkan oleh En Wan Mohd Razi, telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh jemaah AJK.


9.3.   Penyediaan Peti Cadangan
Pihak AJK Surau akan menyediakan peti cadangan untuk mana mana ahli kariah menyalurkan sebarang pertanyaan, cadangan, ulasan ataupun pendapat untuk kemajuan bersama Surau. Segala input daripada ahli kariah akan dibentangkan dan dibahaskan didalam mesyuarat bulanan AJK. Usul ini dicadangkan oleh Dato Hj Abu Kassim Md Nor, telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh jemaah AJK.


9.4.   Mengiklankan/menyewakan madrasah kepada pusat tuition
Ini adalah salah satu daripada usaha untuk meningkatkan pendapatan Surau. Keutamaan adalah diberikan kepada ahli kariah Lavender Heights, sekiranya tiada maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan, ianya akan dibuka kepada pihak awam. Sebarang permohonan akan diteliti oleh pihak AJK Surau sebelum diputuskan. Usul ini dicadangkan oleh En Mohd Hamka Abdul Rani, telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh jemaah AJK.








9.5.   Pembacaan hadith setiap hari selepas maghrib
Dicadangkan Hj Jalil Sarijo untuk mengetuai majlis ini, ianya akan diadakan pada setiap hari kecuali jika terdapat kuliah/ceramah ataupun program tetap yang lain (bacaan Yaasin/keraian). Usul ini dicadangkan oleh En En Mohd Hamka Abdul Rani, telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh jemaah AJK.


9.6.   Kehilangan tiang pagar di belakang madrasah
Laporan yang diterima merumuskan kejadian kecurian ini  berlaku agak lama sebelum majlis Korban diadakan lagi. Surau akan berusaha untuk menggantikan tiang pagar yang baru. Usul ini dicadangkan oleh Hjh Norjan Masri, telah dibincangkan dan dipersetujui sebulat suara oleh jemaah AJK.







9.7.   Kenduri dan Keramain
Mana mana ahli jemaah boleh mengubungi terus dengan Setiausaha/Timbalan Setiausaha untuk makluman perihal tarikh keramaian, selewat lewatnya 5 hari sebelum tarikh yang dicadangkan. Setiausaha/Timbalan Setiausaha akan mencatatkannya di papan kenyataan dan pengumuman akan dibuat seadanya.


9.8.   Blog Surau
Para jemaah addalah dialu-alukan untuk para jemaah melayari blog Surau di alamat berikut: (dalam satu perkataan)


Segala perkembangan terkini aktiviti Surau akan dikemaskinikan dan dimasukan ke dalam blog, para jemaah juga boleh mendapatkan borang-borang yang berkaitan aktiviti/program Surau di sini.

10.  Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 malam

Makluman





 

Makluman








Makluman




Pihak Muslimah perlu  memberikan senarai lengkap Biro-Biro Khas

Tugas: Hjh Norijan Masri











Makluman















Makluman










6.2.3 Iklan/fliers akan diedarkan kepada jemaah kariah

Tugasan: Hj Suhami & Wakil Setiap kawasan











7.1  Berhubung dengan En Zul untuk tindakan lanjut (Takaful Khairat Kematian)

Tugasan: En Azizul Awang




7.2 Berhubung dengan pihak terlibat untuk pencapai persetujuan.

Tugasan: Hj Abdul Sukor Mahat



8.0  Berhubung dengan pihak Badan Pengurusan Masjid dan Surau, Pejabat Agama Islam Neger untuk tindakan seterusnya.

Tugasan: Hj Jumali Suratman & En Mohd Hamka Abdul Rani



9.1 Dapatkan sebut harga kos pemasangan grill

Tugasan: Hj Mohamad Atan



9.2 Dapatkan sebut harga kos pemasangan white board

Tugasan: En Wan Mohd Razi






9.3 Dapatkan sebut harga kos pemasangan peti cadangan

Tugasan: Hj Mohamad Atan



9.4 Diumumkan kepada para Jemaah Surau

Tugasan: En Azizul Awang









 9.5 Diumumkan kepada para Jemaah Surau

Tugasan: En Azizul Awang


9.6 Dapatkan sebut harga kos pemasangan semula tiang pagar yang dicuri

Tugasan: Hj Mohamad Atan






Makluman







Makluman








Makluman




Disediakan oleh,                                                                  Disahkan oleh,
  ……………………………….                                                  …………………………………..
(En Azizul Awang)                                                                (En Mohd Hamka Abdul Rani)
Timbalan Setiausaha                                                            Pengerusi                                                         Surau Lavender Heights                                                        Surau Lavender Heights           

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No Fail /Rujukan: 2012/MAC/1


MINIT MESYUARAT AGUNG 2012
SURAU IBNU KHALDUN, LAVENDER HEIGHTS

Tarikh              : 8 Mac 2012
Hari                 : Khamis
Masa              : 8.00 Malam
Tempat           : Surau Lavender Heights
Bil
Perkara
Tindakan
1.
 Pendahuluan
 1.1        Ucapan alu-aluan
1.1.1          Mesyuarat Agung didahulukan dengan bacaan Al-Fatihah, dan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh mantan Setiausaha Surau, Hj Md Sukor Mahat.


Makluman

1.2           Ucapan Pembukaan
1.2.1   Mantan Timbalan Pengerusi,  Hj Hamzah  Abd Hamid mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran jemaah Surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa ini. Beliau memberikan penjelasan rigkas berkenaan pembubaran AJK surau terdahulu, berikutan dengan perletakan jawatan Tuan Haji Dr. Abd Rahman, Pengerusi Surau sesi 2011/2013. Lanjutan daripada itu, mesyuarat dalaman AJK telah sebulat suara memutuskan untuk membubarkan dan membuat pemilihan semula AJK yang baru.

1.2.2    Mantan Timbalan Pengerusi juga bertindak sebagai pengerusi majlis bagi pemilihan AJK yang baru dan mantan Setiausaha sebagai pencatat.

1.3            Senarai Kehadiran
Sila rujuk Lampiran 1 untuk senarai kehadiran mesyuarat


Makluman









Makluman




Makluman
2.
Perbahasan kedudukan Pengerusi Surau and Imam
(dipisahkan atau disatukan)
2.1        Dipisahkan
Hj Bakar Ismail mencadangkan tugasan Pengerusi Surau and Imam Pertama dipisahkan sepenuhnya bagi mengurangkan bebanan tugas bagi jawatan paling tinggi ini, dengan harapan, beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
2.2        Disatukankan
Dato Abu Kasim pula mencadangkan sebaliknya, memandangkan lingkungan kerja hanyalah diperingkat Surau dan bukannya Masjid, jadi memadailah jawatan ini disatukan sebagaimana dipraktikan pada tahun-tahun terdahulu.
2.3        Keputusan
Tanpa keputusan sebulat suara, pemilihan secara undian dibuat dan keputusanya adalah seperti berikut:

Dipisahkan   : 22 Undi
Disatukan     : 19 Undi

Dengan itu, untuk penggal yang baru ini, tugasan Pengerusi Surau dan Imam akan dipisahkan sepertimana keputusan undian.



Makluman



Makluman




Makluman




Makluman



3.
Pemilihan AJK baru
3.1               Semua calon telah dicadang dan disokong oleh dua ahli jemaah yang berasingan. Kesemua calon menang tanpa bertanding dan telah dilantik secara sebulat suara untuk menyandang jawatan-jawatan tersebut. Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:
Pengerusi – En Mohd Hamka Abdul Rani
Timbalan Pengerusi – Hj Jumali Suratman
Setiausaha – Hj Abdul Sukor Mahat
Timbalan  Setiausaha – En Azizul Awang
Bendahari – Hj Mohd Shahrer Hanipi
Ahli Jawatankuasa  –  En Wan Mohd Razi
Dato Hj Abu Kassim Md Nor
Hj Mohamad Atan
Hj Jalil Sarijo
Hj Harun Yaakub
Hj Khalil Ariffin
Hj Suhami Sulaiman
Pemeriksa Kira-Kira   –  Hj Mohd Nor Alias
Hj Yusoff Mat



3.2   Pemilihan AJK untuk kaum muslimah akan dibuat secara berasingan.


Makluman

















Makluman,
Tindakan
4.
Ucapan Pembukaan Pengerusi Surau yang baru

4.1   En Mohd Hamka Abdul Rani tampil memberikan ucapan penangguhan. Beliau mengucapkan perhargaan buat semua jemaah Surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights kerana memberikan kepercayaan dan melantik beliau serta AJK-AJK yang lain. Pada masa yang sama, beliau memohon maaf sekiranya akan wujud apa jua kekurangan ataupun kelemahan ketika menjalankan tugas ini.  Paling utama ialah niat yang betul dan kerja dengan penuh ikhlas kerana Allah Taala.

4.2     Dipihak para jemaah dan AJK keseluruhanya, sebaik-baiknya elakanlah salah faham demi kebaikan bersama. Jikalau terdapat sebarang isu, kekurangan atau perkara berbangkit, segeralah berjumpa dengan mana-mana AJK supaya ianya dapat dipanjangkan kepada pihak pengurusan surau untuk diselasaikan. Akhir sekali beliau memohon sokongan daripada para jemaah untuk bekerjasama dengan pihak surau, serta menyertai program-program yang akan dibuat oleh pihak surau dimasa-masa yang akan datang.


Makluman







Makluman




5
Penutup
5.1                Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.15 malam.


Makluman


 Disediakan oleh,                                                       Disahkan oleh,


 ……………………………….                                      …………………………………..
(En Azizul Awang)                                                       (En Mohd Hamka Abdul Rani)
Timbalan Setiausaha                                                   Pengerusi 
Surau Lavender Heights                                              Surau Lavender Heights           
                                         




Lampiran 1

Senarai Kehadiran



1.      Hj Sukor Mahat
2.      HJ Jumali Suratman
3.      Dato Abu Kassim Md Nor
4.      Mohd Anuar Sulaiman
5.      Moktar Mohd Zaid
6.      Samsudin Mokhtar
7.      Ahmad Badrudin
8.      Azmi Abdul Aziz
9.      Abdul Rahman Bahaman
10.  Hj Shamsudin Hj Mohd Yusof
11.  Ismail Ali
12.  Hj Khalil Hj Ariffin
13.  Hamzah Abdullah
14.  Wan Mohd Razi
15.  Zulkafli Latif
16.  Mohd Shahrer Hanipi
17.  Suhaimi Sulaiman
18.  Ariffin Md Shah
19.  Zainuddin mohd Nor
20.  Zainal Kadir
21.  Kamarularifin Abd Aziz
22.  Ismail Farid
23.  Zulfaizal
24.  M Yusuf Matt
25.  Tarmizee Adnain
26.  Alrazi Rashid
27.  Harun Yaakub
28.  Mohd Nor Alias
29.  Azmi Manan
30.  Mohamed Hj Shariff
31.  Mohd Shah Zainudin Hj Buang
32.  Abu Bakar Ismail
33.  Maulop Lani
34.  Sumardi Mohamad
35.  Shahidan Abdul Kadir
36.  Mohamad Atan
37.  Hj Ahmad Zaki Hj Ahmad Shafei
38.  Aminuddin Mohd Noor
39.  Saharuddin Abdullah
40.  Roslan Mohd Isa
41.  Abdul Rashid Diron
42.  Mohd Azam Norazim Shahidan
43.  M Arifin M Said
44.  Rashid Yusof
45.  Ariffin Isnin
46.  Hj Zakaria
47.  Mohd Hamka Rani
48.  Ab Gafar Mazlan
49.  Abdul Rashid Mohd Din
50.  Azizul Awang
51.  Abd Kadir Ahamd
52.  Abd Haddi Itam
53.  Abd Khalid Abu Hassan
54.  Kazir Khan Mohd Dali
55.  Razali Abdul Ghani
56.  Saodah Aminon
57.  Aminah Hj Nor
58.  Norjan Masri
59.  Murni Sidin
60.  Raja Latifah
61.  Zubaidah Abdul Rahman
62.  Jamaliah Md Shariff
63.  Normah Mohd Rus
64.  Juriah Kasim
65.  Puteri Alauyah Megat Jalaluddin
66.  Badariah Mustafa
67.  Ramlah Baba




No comments:

Post a Comment