Saturday, 17 March 2012

ARKIB

Himpunan post-post terdahulu:

KUTIPAN HARI RAYA HAJI - ENTRI TERLEWAT.

Bilangan jemaah yang datang ke surau untuk mengerjakan sembahyang Raya Haji baru-baru ini memang ramai. Semua tempat yang disediakan oleh petugas surau dipenuhi oleh jemaah.  Kutipan yang terkumpul hasil dari derma jemaah adalah sebanyak RM1,842.00. Terima kasih daun keladi kepada semua jemaah yang telah bermurah hati memberikan sumbangan.


Gambar 1: Jemaah melimpah sehingga ke kawasan tangga surau.


Gambar 2: Begitu juga di bawah khemah yang disediakan turut dipenuhi oleh jemaah.


Gambar 3: Kelihatan Tok Pin, Husin dan Md Nor dengan anaknya sedang bersiap sedia untuk mengira kutipan pada hari itu.


Gambar 4: Mereka sedang tekun menyusun dan mengira sumbangan yang terkumpul..


TAKBIR RAYA BIRO WANITA SIKLH.


Gambar 1:  Alas kaki anggota rombongan.

Program takbir Raya Haji yang pertama kali dilakukan oleh Biro Wanita SIKLH mendapat sambutan di mana sebanyak 10 buah rumah telah menjemput kami untuk mengadakan takbir.  Seramai kira-kira 20 orang telah telah turut serta dalam acara ini. Program bermula  jam 8.45 pagi. Setiap rumah mengambil masa lebih kurang 20 minit.  Dimulakan dengan takbir raya dan diikuti tazkirah oleh Ustazah Norlida mengenai peristiwa pengorbanan yang berlaku di zaman nabi Adam a.s sehinggalah kepada peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s yang disampaikan secara bersambung-sambung dari rumah pertama hingga ke rumah terakhir.


Gambar 2: Acara kemuncak

Kami tidak memberatkan soal makan, cuma meneguk air dan makanan ringan sahaja di setiap rumah. Di rumah terakhir barulah kami menjamu selera dengan juadah yang dibuat secara 'potluck'. Semoga usaha kami akan diteruskan pada sambutan Hari Raya Haji pada tahun hadapan. Harap maaf kepada kawan-kawan yang jemputan mereka tidak dapat dipenuhi.


Gambar 3: Ada juga yang menjamu selera sambil duduk dan borak-borak.

Program takbir ini berakhir pada kira-kira jam 1.30 petang. Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.


Gambar 4: Ahli Biro Wanita SIKLH bergambar ramai sebagai kenang-kenangan sebelum bersurai.

GOTONG ROYONG - 2011

Pada hari Ahad 30hb. Oktober 2011, sekali lagi SIKLH menganjurkan aktiviti gotong-royong membersihkan surau. Lebih dari 50 orang penduduk yang berugama Islam telah turun padang menyahut seruan pengerusi SIKLH. Kerja-kerja yang dilakukan antara lain adalah mencuci bahagian dalam dan luar  surau (beranda), membersihkan tandas, memotong rumput, membuat parit untuk mengalirkan air yang bertakung dan lain-lain kerja yang berkaitan.

 


Gambar 1: Pasukan penggali parit sedang tekun bekerja. Yang duduk bertopi merah itu adalah mandur lantikan sendiri.


Gambar 2: Pasukan pemotong rumput berlumba-lumba sesama sendiri memotong rumput.

IBADAH QURBAN 2011.

http://yayasan-arrahman.com/utama/images/stories/assalamualaikum1.jpg

Ini adalah entri pertama blog Surau Ibnu Khaldun. Surau ini  dibina kira-kira 6 tahun lalu hasil pengorbanan penduduk-penduduk di sini yang telah memberi sumbangan dalam membiayai pembinaannya.

Pada hari ke dua hari raya haji tahun ini bersamaan dengan 7 November 2011, sekali lagi surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights menganjurkan ibadah kurban. Pada kali ini sebanyak 7 ekor lembu telah dikurbankan berbanding 5 ekor pada tahun lalu. Alhamdulillah berkat kerjasama semua jemaah surau, kerja menyembelih, melapah, membungkus dan membahagikan daging-daging telah selesai pada kira-kira jam 11 pagi. Oleh kerana ia selesai terlalu awal dari jangkaan, sup dan makanan lain yang disediakan oleh kaum ibu masih belum siap lagi. Ada juga baiknya kerana sementara menanti sup siap, sebahagian jemaah meneruskan kerja-karja pembersihan sehingga ia kembali bersih dan tersusun kepada keadaan seperti sebelumnya.

Sebanyak 1/3 daripada keseluruhan daging telah disedekahkan kepada fakir miskin di mukim ini. Sumbangan tersebut telah di terima oleh ADUN Paroi untuk tindakan mengagih-agihkan seterusnya.


Gambar 1: Ketibaan lembu-lembu di sambut dengan rasa lega oleh panitia surau. Manalah tahu ada yang tak sampai atau sampai tapi berlainan saiz dan sebagainya.


Gambar 2: Salah seekor lembu yang cuba melepas diri. Akhirnya ia berjaya di tambat kepada sebatang pokok mempelam yang ada di situ.


Gambar 3: Tempat untuk menjalankan kerja-kerja melapah,  menimbang, membungkus daging, memerhati dan sebaginya.


Gambar 4: Patutlah lembu agak ganas kali ini, ramai sangat yang pakai baju warna merah.


Gambar 5:  Kelihatan semua orang ingin mengambil bahagian. Haji Rashid sempat juga berposing.


Gambar 6: Ada juga yang malu-malu atau  tak sampai hati agaknya untuk melakukan kerja-kerja mengulit dan melapah.


Gambar 7: Seekor lagi telah selesai disembelih oleh penyembelih jemputan.


Gambar 8: Ada lagi orang kampung yang baru sampai untuk datang membantu di ketuai oleh RSM Hj. Mat.


Gambar 9: Kelihatan Haji Jalil sedang menjalankan penyeliaan  ke atas kerja memotong, menimbang dan membungkus daging.

Berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh semua jemaah SIKLH pada tahun ini, khabarnya AJK SIKLH bersedia menimbangkan untuk menyembelih lebih banyak lagi lembu pada Hari Raya Kurban pada tahun depan.

Terima kasih kepada semua pihak (termasuk kaum ibu yang telah menyediakan juadah yang enak-enak) yang telah memberi sumbangan walau dalam apa bentuk dan cara sekalipun. Anda semua hebat terutamanya Tuan Haji Dr. Abdul Rahman, Pengerusi SIKLH !

No comments:

Post a Comment