Monday, 26 March 2012

Gotong Royong - 2012

Program Gotong Royong 2012 dikelolakan oleh KRT Lavender Heights (Rukun Tetangga) sebagai acara tahunan. Program dimulakan pada pukul 8.30pagi hari Sabtu 24, Mac dengan para penduduk beserta wakil dari MPS, Kementerian Kesihatan berkumpul di Madrasah Surau Ibnu Khaldun. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Mohd Ghazi Abdul Rashid dan pembahagian kawasan pembersihan dibuat sebaik sahaja jamuan sarapan pagi selesai. Untuk pembersihan Surau dah kawasan sekitarnya, Hj  Wan Mohd Razi (AJK Surau) ditugaskan sebagai ketua dan dibantu oleh Hj Jumali, Hj Shahrer dan En Zul.
Pasukan Vaccum Surau (PVS) sedang beraksi...
Abang yang ni paling gagah....setakat satu jari tangan saje boleh angkat semua
sampah masyarakat sarap yang telah dikumpulkan di setiap clearing point..

Lihat di sudut atas kanan gambar ini, kelihatan En Din dengan bangganya
meng-clearkan...segala rumput dan lalang...menggunkan enjin sangkut nya (aka mesin rumput).
Sungguh senang mata memandang sekarang, bukan macam dulu lagi..
Buang bang...jgn disimpan lagi..banyak nie..
Stok-stok lama yang rosak dan memenuhkan ruang bilik setor yang sedia ada penuh..
MPS..
Tuan Imam kite dengan penyapunye...
Tuan bendahari pulak tengah membaiki white board yang dah tak seberape 'white' lagi dah..
ini adalah sebahagian daripada penjimatan kos pengurusan/pembaikan surau..
Inilah kerja pada tahap yang paling tinggi dan sangat demanding setakad tahun ini....
 Tumbang jua akhirkan pokok kayu yang 'besar' yang mengundang persoalan, patutkan
ditebang atau dibiarkan sahaja...pokok ini adalah sangat bertuah kerana
merupakan pokok terakhir yang tumbang, dan secara tidak langsung sebagai
simbolik majlis penutup aktiviti gotong royong 2012..
Khusyuk...focus...focus...

Dan....acara WAJIB...makan...makan....makan...Alhamdulillah..Gotong royong tamat
pada pukul 1petang...Jutaan terima kasih kepada semua penduduk Lavender Heights.

2 comments:

  1. kenapa gambar saya tak ada ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mase tu Hj tengak sibuk potong pokok 'besar' kat tepi jalan tu ...tak nak kacau..takut tak sempat nak lari.. huhu

      Delete