Saturday 17 March 2012

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH.

Pada hari Ahad 6 Safar 1433H bersamaan dengan  31 Disember 2011M, Surau Ibnu Khaldun dengan kerjasama Rukun Tetangga Lavender Heights telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk penduduk taman ini. Ia bermula dari jam 9.30 pagi dan tamat sebelum masuk waktu Zuhur. Kursus sekerat hari ini di kendalikan oleh Haji Ibrahim dari Surau Taman Tasik Jaya yang juga merangkap pembantu muazzin di Masjid Paroi.

Apa yang sangat membanggakan ialah penyertaan anak-anak muda dalam kursus ini. Mereka telah menunjukkan minat yang mendalam dengan mengambil nota serta berada di surau dari mula hingga akhir. Meraka jua turut membantu Tuan Haji Ibrahim dalam menyampaikan pengajarannya. Tetapi sayangnya masa yang diperuntukkan adalah agak terhad kerana di sebelah petangnya ahli surau harus memenuhi dua  jemputan iaitu menghadiri kenduri  tahlil dan doa kesyukuran di Jalan 21 dan juga kenduri kahwin di rumah seorang ahli surau di Jalan 24.

Di harap pihak penganjur akan mengadakan kursus lanjutan untuk memperhalusi beberapa aspek pengurusan jenazah dengan masa yang lebih panjang lagi.

Seterusnya jemput lihat gambar-gambar di bawah yang menunjukkan dan menceritakan suasana perjalanan kursus tersebut.



Tuan Haji Dr Abdul Rahman Harun, Pengerusi surau menyampaikan kata-kata alu-aluan.



No comments:

Post a Comment